Kesopanan dan Kesusilaan Rukun_Negara

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah lakuseseorang rakyat. Tujuannya adalah untuk membentuk warganegara yangbersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan NilaiMurni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun danbersusila adalah amat penting dalam konteks perhubunganantara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yangakan mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila inimembenci tingkah laku yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopanjuga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-duakehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduansupaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuaidengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.